15 Januari 2015


TAPAH - Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran kenderaan itu di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah.

Bas berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Tujuh disahkan maut manakala 15 lagi cedera parah. Tujuh lagi hanya cedera ringan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!