24 Januari 2015


KOTA BARU – Kira-kira 720,000 pesara kerajaan masih boleh membantu membangunkan negara dengan menggunakan pengalaman luas mereka ketika berkhidmat dengan kerajaan.

Justeru itu, Pengerusi Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Aseh Che Mat meminta pesara supaya bersatu dan bekerjasama rapat antara satu sama lain bagi terus menyalurkan idea dan pandangan terhadap sesuatu perkara berhubung pembangunan negara.


“Bayangkan dari segi pengalaman, sumbangan kepada negara begitu banyak dan kalau kita bersatu, banyak benda yang kita boleh buat bersama,” katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia bersama pesara kerajaan Kelantan di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 500 pesara kerajaan yang terlibat bencana banjir pada bulan lepas diberi bantuan berupa wang tunai sebanyak RM500 bagi mangsa yang kehilangan rumah, manakala RM300 kepada mangsa terlibat banjir.

Dalam pada itu, Aseh berkata yayasan berkenaan akan bertindak menaungi pelbagai persatuan pesara yang lain dan menjadi penyelaras antara pesara dan kerajaan.

Selain itu, ia akan memberi fokus kepada kebajikan pesara terutama berkaitan kesihatan dan pelajaran anak-anak mereka. - mStar online
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!