25 Januari 2015


MISSOURI, - Seorang bayi lelaki yang hanya berusia 9 bulan telah meninggal dunia selepas ditembak di kepala oleh abangnya yang berumur 5 tahun.

Bayi itu ditembak pada pagi 19 Januari 2015 dengan senapang paintball. Ibu mangsa telah menghubungi pihak berkuasa dan apabila mereka tiba di tempat kejadian mereka yakin bahawa mangsa ditembak dengan pistol revolver yang berkaliber 22 dan bukannya senapang paintball.


Mangsa dibawa ke Hospital Mercy Children di bandar Kansas melalui helikopter di mana dia disahkan telah meninggal dunia. 

Ketua Polis Daerah, Darren White berkata senjata yang digunakan telah ditemui oleh abangnya berhampiran dengan tempat tidur mangsa di dalam sebuah rak buku dan ''dengan silapnya telah melepaskan tembakan ke atas adiknya yang sedang tidur''.

Senapang tersebut tidak dimiliki oleh ibu mangsa tetapi kepunyaan seorang ahli keluarga yang lain. Kes ini telah dilaporkan kepada sebuah badan kebajikan yang mungkin akan mendakwa kes terhadap ibu-bapa mangsa atas sebab kecuaian. 



Kredit Foto: Huff Post 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!