22 Januari 2015


Manchester United mungkin mendapat bantuan daripada pe­naja baharu mereka, Adidas untuk membawa bintang penyerang Argentina, Lionel Messi (gambar) ke Old Trafford, lapor akhbar Britain, The Metro semalam.

Menurut akhbar berkenaan, Adidas yang merupakan penaja Messi sanggup memberi wang tambahan kepada United untuk membayar harga 200 juta pound (RM1.09 bi­lion) yang ditetapkan oleh Barcelona untuk men­dapatkan Pemain Ter­baik Dunia empat kali itu.

United menjadi pesaing terbaharu Chelsea untuk mendapatkan Messi, yang membuka pintu kepada sebarang kemungkinan selepas mengeluarkan kenyataan dia tidak pasti di mana kedudukannya musim depan.

Adidas merupakan penaja individu Messi dan akan menaja jersi United musim depan, justeru pengeluar barangan sukan dari Jerman itu amat berminat untuk menya­tukan kedua-dua pihak.

Malah, mereka sedia membantu United bukan saja untuk membayar yuran yang dikenakan oleh Barcelona, malah membayar gaji pemain tersebut andai dia berpindah ke Old Trafford.

The Metro turut mengaitkan United de­­ngan tonggak pertahanan Barcelona, Ge­rard Pique selepas gergasi Liga Perdana Inggeris itu gagal mendapatkan Stefan Savic yang memilih untuk memperbaharui kontrak empat tahun di Fiorentina.

Kini, pengurus United, Louis van Gaal bersedia mengemukakan tawaran 15 juta pound (RM82 juta) untuk membawa Pique ke Old Trafford. Pique pernah bekerjasama dengan Van Gaal ketika dia membimbing Barcelona pada musim 1997-2000 dan 2002-2003.

Selain cuba membawa Messi serta Pique, United juga berusaha untuk mengekalkan penjaga gol utama mereka, David de Gea yang amat dikehendaki Real Madrid, yang sanggup membayar 50 juta pound (RM274 juta).

Dalam usaha meyakinkan pemain anta­ra­bangsa Sepanyol itu untuk kekal, Red Devils sanggup menawarkan gaji lumayan, 200,000 pound (RM1.09 juta) seminggu dan menawarkan kontrak lima tahun yang bernilai 52 juta pound (RM285 juta).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!