23 Januari 2015


Sudah menjadi perkara biasa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik, berwajah sempurna tanpa sebarang cela walaupun bintik-bintik hitam.

Mengambil kesempatan itu, banyak syarikat-syarikat mengeluarkan produk-produk kecantikan kerana tahu itu adalah salah satu kelemahan manusia lebih-lebih lagi kepada kaum wanita.

Bagaimanapun, disebalik produk-produk kecantikan yang tidak henti-henti cuba menarik perhatian kita rupa-rupanya terdapat satu bahan yang percuma kononnya mujarab untuk tujuan yang sama.

Menurut konsultan penjagaan kesihatan yang juga seorang penulis, Martha Christy, air kencing boleh digunakan untuk tujuan tersebut.


Memetik penulisannya menerusi buku berjudul Urine: Your Own Perfect Medicine, kandungan dalam air kencing berupaya untuk merawat kulit dan segala masalah pada wajah.

Caranya pula adalah dengan mengambil sedikit air kencing kemudiannya diurut-urut pada muka secara perlahan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang baik.

Bagaimanapun, Martha mencadangkan meminum segelas air kencing setiap hari akan membuatkan seseorang itu berada di tahap kesihatan terbaik. - Siakapkeli.com.my

*Entri ini sekadar perkongsian. Bagi umat Islam adalah haram memakan atau meminum najis.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!