6 Januari 2015


Bekas ratu dunia dan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai yang dikenali untuk rambut panjangnya akan dilihat dalam dandanan rambut pendek untuk satu iklan television L'Oreal Paris yang baru.
Sering diberi gelaran sebagai antara wanita tercantik dunia, Aishwarya telah menjadi duta L'Oreal sejak tahun 2000 dan masih kekal sebagai salah satu wajah yang penting untuk jenama itu walaupun pelakon India yang lain seperti Sonam Kapoor dan Freida Pinto juga dijadikan duta L'Oreal.

Iklan yang baru ini adalah untuk rangkaian produk Total Repair 5 dan dijangka akan disiarkan pada awal bulan Januari. Aishwarya dilihat memegang sepasang gunting, memakai hiasan rambut yang berwarna merah dengan solekan yang minima dan dia kelihatan comel dan hebat sekali.

Ini membuktikan bahawa walaupun sudah mempunyai anak dan berusia 41 tahun, dia masih mempunyai kebolehan untuk menjadi trend setter. Kemungkinannya, gaya rambut baru ini akan menjadi trend untuk tahun 2015 dan akan melihat ramai wanita muda memotong rambut mereka seperti ikon yang cantik ini. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!