5 Januari 2015


Peguam hak asasi manusia, Amal Clooney yang juga merupakan isteri kepada pelakon Hollywood George Clooney telah mendedahkan bahawa dia hampir ditangkap oleh pihak berkuasa di Mesir.

Di dalam satu temu bual, Amal berkata dia diberi tugasan menulis laporan untuk International Bar Association mengenai kes mahkamah tiga orang pemberita Al Jazeera yang dipenjarakan di situ.

''Apabila kami tiba di Kaherah, pihak berkuasa tempatan telah menyoal kami dengan bertanya sama ada laporan itu memberi kritikan kepada pasukan tentera, badan kehakiman atau kerajaan Mesir dan jika jawapannya adalah ya, kami diberitahu yang kami akan ditahan'', kata Amal. 

Amal adalah antara panel peguam yang mewakili Mohamed Fahmy. Fahmy adalah antara tiga pemberita dari Al Jazerra yang telah ditahan di Mesir. Dua lagi pemberita adalah Peter Greste dan Baher Mohamed yang diberi hukuman penjara antara 7 dan 10 tahun berikutan satu kes mahkamah pada bulan Jun 2014. Tetapi, mahkamah tempatan telah membuka semula kes tersebut untuk pembicaraan yang baru.

Amal telah menyuarakan pendapatnya dan memberi kritikan ke atas sistem kehakiman Mesir yang cacat dan tidak adil.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!