7 Januari 2015


AMERIKA SYARIKAT – Senator negeri Oklahoma, Don Barrington telah menghantar usul untuk mengenakan denda kepada sesiapa sahaja yang memakai hoodie di kawasan awam.

Undang-undang negeri Oklahoma yang mula berkuat kuasa sekitar tahun 1920an menyatakan bahawa mereka yang memakai topeng, penutup kepala atau pelindung muka semasa melakukan jenayah adalah satu kesalahan.

Usul pindaan yang dikemukakan Don Barrington kelmarin mencadangkan supaya pemakaian topeng dan penutup kepala termasuklah hoodie di kawasan awam sebagai melanggar peraturan dan boleh didenda USD500 (RM1,778).

“Peraturan ini perlu segera dilaksana bagi pemeliharaan keamanan awam, kesihatan dan keselamatan,” ujar Senator yang berusia 67 tahun itu.

Kertas cadangan berkenaan asalnya bertujuan untuk menghalang perbuatan jenayah oleh ahli kumpulan Ku Klux Klan.

Memetik laporan ABC7, usul terbabit direka untuk menghalang orang ramai dari menyembunyikan identiti tidak kira dengan memakai topeng, jubah atau samaran lain.

Namun terdapat beberapa pengecualian terhadap usul tersebut jika dilaksanakan. Ia termasuklah pemakaian kostum sempena Halloween dan pakaian berkaitan agama.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!