5 Januari 2015


SURABAYA - Keadaan rumah tangga juruterbang pesawat AirAsia QZ8501, Kapten Iriyanto masih kekal sama untuk kebaikan anak lelakinya yang berumur 10 tahun.

Abang ipar Iriyanto, Wahyu Budi  berkata sehingga ke hari ini, anak bongsunya, Arya Galih Gegara masih tidak tahu apa yang berlaku kepada ayahnya dan menganggap dia masih bertugas.

''Dia asyik menangis kerana rindu tetapi kami masih memberitahunya yang ayah berada di tempat kerja. Dengan perlahan kami akan cuba menerangkan apa telah berlaku tetapi ia akan memakan masa'', tambah Wahyu. 

Iriyanto bersama keluarganya sebenarnya sedang berkabung untuk kematian adik lelakinya yang dikebumikan 3 hari sebelum kehilangan pesawat AirAsia QZ8501. Kini, mereka hanya menunggu upacara pengebumian Iriyanto.

Apabila berita kehilangan pesawat itu mula diketahui ramai, anak perempuan juruterbang yang berusia 22 tahun, Angela Ranastianis telah menulis status yang menyayat hati di laman media sosial dengan berkata '' 'Papa, pulanglah ke rumah, saya masih memerlukan anda''. 

Juruterbang AirAsia yang veteran itu adalah bekas juruterbang tentera selama tempoh 10 tahun sebelum mula bekerja dengan syarikat penerbangan. Iriyanto, 53, meninggalkan seorang isteri, seorang anak berumur 22 tahun dan satu lagi anak lelaki berumur 10 tahun.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!