22 Januari 2015


GEORGETOWN - Seorang remaja ditemui maut akibat dipukul kabel elektrik di kedai cuci kereta di Jalan Carnavon, semalam.

Mangsa Muneeswaran, 16, dikatakan dipukul dua lelaki yang juga merupakan rakannya pada kira – kira jam 7.30 malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah, polis sedang mencari seorang suspek yang juga dikatakan pemilik kedai cuci kereta  bagi membantu siasatan.

Dilaporkan, siasatan awal menyatakan bahawa mangsa adalah anak yatim piatu dan tinggal di rumah perlindungan anak yatim.

Media melaporkan, kejadian ini dipercayai berpunca daripada mangsa yang dikatakan mencuri barang milik suspek hingga menimbulkan rasa tidak puas hati lalu bertindak menyerang mangsa. 

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!