15 Januari 2015


Pelakon Hollywood Tan Sri Michelle Yeoh kini berada di Kelantan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Menurut sumber yang dihubungi Astro AWANI, pada asalnya Michelle ke negeri itu atas lawatan peribadi namun memilih untuk membantu sukarelawan yang ketika itu sedang membantu mangsa banjir di tiga perkampungan.

“Apabila beliau tahu tentang usaha dua buah NGO iaitu Fo Guang Sha dan Chi Hui Tang, dia memilih untuk turun padang dan memberi motivasi kepada sukarelawan. Beliau turut memberi bantuan makanan,” kata sumber itu.

Michelle melawat tiga perkampungan iaitu Batu Jong, Dusun Nyior dan Kampung Keluat.

Tambah sumber itu, Michelle tidak ditemani tunangnya iaitu Datuk Seri Jean Todt.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!