3 Januari 2015


Pelbagai pihak hari ini melahirkan rasa kesal dengan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tetap memberi kebenaran kepada penganjuran konsert sempena malam ambang tahun baharu kelmarin yang menyaksikan acara itu dicemari aksi liar.

Beliau mengulas mengenai penganjuran konsert malam ambang tahun baharu 2015 di Padang Kota Lama di sini malam kelmarin yang betukar menjadi liar ekoran tindakan beberapa penonton mabuk yang hadir menyaksikan konsert tersebut.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak kerajaan negeri menarik balik kebenaran kepada penganjuran konsert itu bagi menghormati mangsa bencana banjir besar yang sedang melanda beberapa buah negeri namun konsert tersebut tetap diteruskan.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Muhsin Abdul Latheef menyelar sikap pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga selepas berdegil meneruskan konsert tersebut.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan negeri yang seolah-olah tidak merasai keperitan yang ditanggung rak­yat di salah sebuah negeri di bawah pentadbiran pembangkang sendiri yang ditimpa musibah iaitu Kelantan.

“Keegoan kerajaan negeri juga terserlah apabila sambutan tersebut diadakan berdekatan kawasan perumahan dan menyusahkan penduduk di Sungai Pinang,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!