24 Januari 2015


AUSTRALIA – Seorang ayah didakwa pada awal bulan ini kerana memberi minyak berasas ganja kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun.

Adam Koessler dilaporkan memberi sebatian dadah itu kepada Rumer Rose dalam percubaan peribadi untuk merawat penyakit Advanced Neuroblastoma yang dialami anaknya.

Penyakit lanjutan Neuroblastoma itu merupakan sejenis kanser yang menyerang tisu saraf lantas menyebabkan kanak-kanak malang itu mempunyai peluang hidup sebanyak 50 peratus sahaja.


Bapa yang berasal dari Queensland itu berkeras bahawa minyak ganja yang dicampur dengan kelapa dapat mengurangkan kesakitan anaknya sekaligus merawat penyakit berkenaan.

“Saya melihat sendiri badannya mula sihat. Rumer mengatakan perutnya tidak sakit lagi dan mula makan seperti kanak-kanak normal,” tegas Adam.

Menurut Adam lagi, cahaya matanya itu mula menunjukkan tanda-tanda positif seperti naik berat badan dan mahu bermain di luar rumah berbanding hanya terbaring di atas katil.

“Kulitnya kembali sihat dan yang paling penting saya tidak menyangka matanya akan kembali bersinar,” tambah Adam lagi.

Walaubagaimanapun, Adam ditahan pada 2 Januari lalu selepas bertolak ke Brisbane untuk bertemu doktor pakar Onkologi anaknya.

Dia ditahan dengan pertuduhan membekalkan dadah merbahaya kepada individu di bawah umur 16 tahun serta pemilikan dadah berbahaya.

Syarat-syarat ikat jamin Adam menyatakan bahawa dia tidak dibenarkan menghubungi anak perempuannya yang kini berada di unit kawalan rapi (ICU) ekoran mengalami serangan sawan.

Rumer dikatakan diserang sawan sejurus tidak lagi menerima ubatan istimewa yang diberi bapanya. Adam dijadualkan untuk mendengar kes sebut mahkamah pada minggu hadapan.



Kredit gambar: sickchirpse

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!