22 Januari 2015


Muncul lagi seorang kanibal di Indonesia - dan kali ini dia dikhabarkan lebih kejam berbanding orang terdahulu.

Bertempat di Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah, Budi Santoso didakwa menyembelih dua pekerja ladang kelapa sawit sebelum membelah dada mangsa dan memakan hati seorang daripada mereka.

Media melaporkan, kejadian berlaku di ladang kelapa sawit di Desa Pundu, Cempaga Hulu.

Mangsa dikenali sebagai Mukada dan Sutono.

Kalteng Pos melaporkan, Budi bertindak kejam kerana berdendam dengan dua lelaki terbabit yang pernah bekerja bersamanya di ladang kelapa sawit berkenaan.

Budi dipercayai dibuang kerja dari situ gara-gara tindakan Mukada dan Sutono.

Seorang daripada mereka dipercayai mandur dan seorang lagi pengawal keselamatan.

Media melaporkan, berlaku pergaduhan antara Budi dengan dua mangsanya.

Dalam pergaduhan itu Budi bersenjatakan pisau pemetik buah kelapa sawit.

Sebelum itu Budi dilaporkan menahan sebuah bas sekolah membawa anak-anak pekerja ladang dan mengamuk di situ.

Melihat keadaan berkenaan, Mukada dan Sutono cuba menghalangnya, namun tindakan itu sebaliknya menambah kemarahan suspek.

Sehingga semalam, polis belum mengetahui motif Budi bertindak begitu ganas.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!