25 Januari 2015

Rangkaian restoran segera dikecam selepas seorang pengurusnya dilapor membelasah seorang pelarian kanak-kanak Syria yang memakan baki hidangan pelanggan. - Foto AFP

ISTANBUL - TURKI. Seorang kanak-kanak pelarian Syria dilaporkan dibelasah oleh seorang pengurus rangkaian restoran segera kerana memakan baki makanan pelanggan.

Beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan berlumuran darah tersebar di laman sosial Twitter dan Facebook.

Tindakan tersebut mendapat kecaman orang ramai, dan syarikat berkenaan bertindak memecat pengurus rangkaian yang tersebut, menurut sebuah kenyataan rasmi bertarikh 23 Januari.


Menurut Hurriyet Daily News, pemecatan tersebut sudah mencukupi sebagai hukuman dan sebarang pampasan tidak akan diberikan kepada kanak-kanak pelarian tersebut. - AFP 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!