27 Januari 2015


NEW DELHI - Seorang lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana telah menculik seorang gadis berusia 6 tahun dalam cubaan memaksa ibu gadis tersebut untuk mengahwininya.

Pihak polis berkata lelaki itu, Jitender Kumar,32, ditangkap di pusat bandaraya Delhi di mana dia telah menyembunyikan gadis itu sebagai tawanan. Dia telah mengancam ibu mangsa yang dia akan membunuh anaknya jika dia enggan memberi persetujuan untuk berkahwin.

Ibu mangsa telah bercerai beberapa bulan yang lepas dan tinggal berseorangan dengan anak perempuannya. Jitender and wanita itu telah bertemu melalui seorang jiran dan dia telah menolak pinangan Jitender dari permulaannya.

Pada hari Rabu, 20 Januari 2015, wanita itu telah pergi ke sekolah untuk mengambil anaknya tetapi diberitahu dia telah pulang. Dia dengan serta-merta telah memberi aduan polis terhadap Jitender kerana telah menculik and memeras ugutnya. Kes ini masih dalam siasatan dan akan diteruskan di mahkamah tempatan. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!