28 Januari 2015


Tiada krisis yang berlaku antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya perkara itu hanya diperbesarkan oleh media sosial.

Namun Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee tidak menolak berlakunya perselisihan pendapat antara kedua pemimpin itu.

“Tidak ada krisis antara mereka, cuma barangkali berlaku perselisihan pendapat atau pertembungan pandangan yang berbeza,” katanya yang dipetik melalui blog Umno Cheras, semalam.

Malah beliau percaya Dr Mahathir tidak mempunyai niat buruk terhadap Najib hingga memaksa Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

“Saya tidak percaya Tun Mahathir berusaha untuk menjatuhkan Najib.  Ini semua provokasi pihak berkepentingan.

"Kedua pemimpin itu berjiwa besar, mereka sayangkan Umno, tidak mungkin berlaku perbalahan yang boleh menjejaskan kekuatan parti,"  katanya.

Katanya, ada teguran Dr Mahathir yang sengaja diperbesarkan menerusi media atau laman-laman sosial menunjukkan kononnya bekas perdana menteri itu berbalah dengan Najib.

"Saya tidak nampak berlaku sebarang perbalahan sepertimana digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk pihak media.

"Ini semua mungkin komplot dan agenda pihak tertentu, termasuk pembangkang untuk menghancurkan perpaduan dalam Umno,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!