6 Januari 2015


Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dikenakan denda STG20,000 (RM100,000) kerana merokok selepas kekalahan kepada Southampton pada 1 Januari lalu.

Pemain dari Poland itu dikatakan melakukannya dalam bilik persalinan pasukan selepas perlawanan liga itu yang sekadar mencetus kemarahan Arsene Wenger.

Terdahulu, pengurus pasukan itu juga naik berang selepas dia mendakwa dua gol jaringan The Saints adalah berpunca daripada kesilapan penjaga gawang The Gunners itu.

Szczesny digugurkan daripada perlawanan berikut ketika Arsenal menewaskan Hull City 2-0 dalam perlawanan Piala FA, awal pagi semalam.

Kini belum pasti lagi sama ada Wenger akan terus menghukum Szczesny dengan menggugurkan dia daripada perlawanan menentang Stoke City, Ahad ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!