20 Januari 2015


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki semalam dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM700 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menendang kereta seorang wanita.

Pesalah dikenali sebagai Chong Yew Fatt diperintah menjalani hukuman penjara oleh Majistret Nur 'Aminahtul Mardiah Md Nor pada tarikh ditangkap iaitu 15 Januari 2015. 

Chong yang menggangur dan tidak bekerja turut diperintah mahkamah supaya menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda, di mana dia menyelesaikan jumlah tersebut.

Lelaki berusia 52 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada minggu lalu dengan menendang bahagian belakang sebelah kiri kereta milik S.Purnima, 32, seorang Timbalan Pendakwa Raya lantas mengakibatkan kerugian sebanyak RM200.

Kesalahan itu dilakukan di Lebuh Raya Bukit Jalil-Puchong berhampiran stesen Petronas Taman Teknologi Malaysia pada jam 5.45 petang, 14 Januari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

- Gambar hiasan

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!