7 Januari 2015


JAKARTA: Kapal MGS Geo Survey menemui bahagian ekor pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia di Laut Jawa, iaitu bahagian menempatkan kotak hitam dan data perakam penerbangan, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo pada sidang medianya seperti disiarkan rangkaian televisyen Metrotv, sebentar tadi.

Beliau berkata, ia dijumpai di kawasan pencarian pesawat malang itu di sektor tambahan kedua di perairan Selat Karimata dan kedudukannya berada di kedalaman 25 meter.

"Tadi pagi saya dimaklumkan mengenai penemuan objek, lalu saya minta mereka mengambil gambar (objek itu). Selepas diteliti, ada tertera tulisan 'Air', dilihat jelas ia bahagian ekor pesawat," katanya.

Sementara itu, memetik laporan portal Detik.news, objek yang mula dikesan kapal MGS Geo Survey itu adalah pada jam 7 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB).

Ketua pasukan kapal berkenaan, Muhammad Aga Ridha Aldila berkata, penemuan dipercayai bahagian pesawat itu mempunyai panjang 10 meter, lebar lima meter dan tiga meter tinggi.

Sementara itu, Bambang memberitahu sehingga kini, 40 jasad mangsa nahas QZ8501 sudah ditemui pasukan mencari dan menyelamat, terbaru iaitu satu ditemui, pagi tadi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!