5 Januari 2015


SURABAYA - Para penumpang sebuah pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Juanda diminta mengosongkan pesawat selepas enginnya mati beberapa minit sebelum berlepas.

Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu, 3 Januari 2015, telah mencetuskan perasaan yang panik di kalangan 120 penumpang yang sepatutnya ke Bandung melalui pesawat itu. 

Penumpang Yusuf Fitriadi berkata ''pesawat itu sedang bersedia untuk berlepas tetapi dengan tiba-tiba terdapat bunyi yang kuat sebelum enjin mati dan ia terus berundur ke belakang.  Kami terus terkejut dan panik."

Menurut laporan Metrotv, pesawat itu sepatutnya bertolak pada jam 9.00 malam tetapi berdepan dengan masalah enjin yang dikatakan dari monitor starter. Juruteknik pesawat kemudian telah membaiki kerosakan itu tetapi hampir semua penumpang telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana risau akan mengalami masalah ketika berada di udara. 

Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!