19 Januari 2015


BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengeluarkan larangan kemasukkan epal Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat selepas mendapati buah-buahan berkenaan mengandungi bakteria Listeriosis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan larangan itu telah dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) selepas kementerian menerima notis pencemaran dua hari lalu.

“Kami menerima notis dari Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat (AS) yang memaklumkan mengenai pencemaran tersebut. Kontaminasi itu telah menyebabkan tiga kematian dan banyak kes kesihatan di AS dan Kanada,” ujar Ismail.

Walaubagaimanapun kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik epal yang sudah dipasarkan di Malaysia, kerana ia melibatkan nutrisi pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan

Isu yang berkaitan dengan pengharaman epal telah tersebar meluas menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah portal media popular turut melaporkan penyebaran bakteria itu setelah dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros berhampiran Bakersfield, California.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!