24 Januari 2015


Terkini, menerusi laman blognya sendiri, nama sebenarnya bayinya itu didedahkan kepada peminat-peminatnya. Bayinya itu digelar ‘Baby R’ kepada para peminatnya.

“Sempena hari Jumaat yang berkat ini, aku dan keluarga memutuskan untuk memperkenalkan ahli keluarga terbaru kami pada semua. Juga untuk memuaskan permintaan semua peminat. Inilah dia Baby R atau nama penuhnya RAPHAEL DEPP. Kami sekeluarga menggunakan nama singkatan RAFFA”, katanya.

Menurut Nurul, walaupun ejaannya nama anaknya itu sedikit seperti nama mat salleh namun mempunyai makna yang indah dalam Islam.


“Aku pasti ramai nak tahu maksud sebenar Raphael, hanya ejaan mat saleh sikit. Tapi bagi aku bunyi sebutan dan ikut ejaan melayu, tetap ada maksudnya tersendiri. Aku tahu ramai yang akan ‘berbunyi’ bila tahu nama ini. Aku ada sebab yang tersendiri untuk memilih ejaan sedemikian. Hanya ejaan… maksudnya seperti di bawah yang dicari melalui Google oleh adik aku Wahida dan juga teman baik aku dan Eric iaitu Yus Alighor…



“Sedikit lagi info tentang nama Raphael juga. Yang ini kalian boleh Google. Memang ada. Ianya dicari oleh ‘Atok Uncle’ aku. (memang gelak lah kawan baik aku tu kalau baca part ini) Katanya, nama Raphael adalah di dalam bahasa Hebrew dan di dalam Islam, nama itu sebenarnya adalah Israfil. Malaikat peniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat. Ianya juga membawa maksud penyembuh. Google ya nanti!” tambahnya.

Selain itu, Nurul juga turut berkongsikan gambar wajah bayinya itu yang semestinya yang dinanti-nantikan oleh peminat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!