26 Januari 2015


Setiap kali telefon atau laptop anda terputus hubungan internet ketika melayari dengan Google Chrome, anda pasti akan dipaparkan dengan gambar seekor dinasour T-Rex di pelayar web tersebut.



Tapi tahukan anda sebenarnya T-Rex tersebut sebenarnya satu watak permainan video yang tersedia bersama Google Chrome di komputer atau telefon anda?


Di dalam permainan tersebut, anda perlu memainkan watak T-Rex tersebut dengan melompat bagi mengelak dari halangan pokok kaktus yang ada sepanjang permainan tersebut.



Permainan ini tersedia di dalam Google Chrome versi Desktop dan juga Google Chrome versi mobile. Berikut adalah cara untuk mengakses permainan ini dari kedua-dua jenis pelayar ini :

Untuk Komputer

Pastikan Google Chrome anda adalah versi terbaharu
Putuskan kesemua rangkaian internet dari komputer anda
Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
Apabila gambar dinasour muncul, tekan kekunci space di keyboard anda.
Tekan space untuk melompat dari pokok kaktus


Untuk Smartphone

Pastikan Google Chrome anda versi yang terbaharu
Putuskan kesemua rangkaian internet dari telefon anda
Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
Apabila gambar dinasour muncul, sentuh pada gambar dinasour tersebut.
Sentuh skrin untuk melompat dari pokok kaktus.


Selamat mencuba!
**Penulis menggunakan Google Chrome versi 40 bagi kedua-dua peranti.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!