30 Januari 2015


Seorang bapa di India telah ditahan oleh pihak polis kerana percubaannya membunuh anak perempuannya dengan menanam secara hidup-hidup yang berumur 10 tahun.

Abul Hussein didapati menanam anaknya itu dibelakang rumahnya. Polis mendapati kanak-kanak perempuan tersebut diikat dengan tali dan telah ditimbus melebihi paras dada.

Menurut polis, Hussein dikatakan kecewa kerana mendapat anak perempuan dan dia terlalu mengharapkan anak lelaki. Manakala isterinya pula telah lari meninggalkan rumah minta pertolongan dan bimbang tentang keselamatan dirinya.

Setelah menanam Ruskshena hingga ke dada, Hussein menutup kepala anaknya dengan bakul kerana khuatir diketahui isterinya dan dia akan menghabiskan kerjanya kemudian.

Ruskshena kini berada di hospital untuk rawatan dan dijaga oleh saudara sebelah ibunya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!