8 Januari 2015


KUALA LUMPUR - Satu lagi berita kurang baik untuk rakyat Malaysia. Selepas banjir teruk yang melanda beberapa negeri, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri di sebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi bencana banjir besar yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Menurut pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad, tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia akan bergerak ke China dan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Ini akan mengakibatkan fenomena cuaca sejuk melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!