3 Januari 2015


TANAH MERAH - Seorang lelaki yang dikenali sebagai Azmi telah membayar RM23 semata-mata untuk sepinggan nasi bersama lauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan juga minuman teh panas di sebuah gerai di sini semalam. 

Dia berkata bahawa harga yang dibayarnya itu adalah lima kali ganda berbanding harga biasa yang sebelum ini adalah RM5. Azmi yang berasa terkejut telah menanya kenapa harganya mahal dan penjual itu hanya berkata kerana barangan mentah sukar didapati buat masa ini.

Suatu pemeriksaan yang dijalankan dapati bahawa hanya segelintir gerai makanan yang buka untuk berniaga selepas kejadian banjir di bandar ini.

Pasar Tanah Merah kini mula beroperasi dan dipenuhi suri rumah yang membeli bekalan untuk kediaman masing-masing.

Menurut Bernama, seorang suri rumah yang dikenali sebagai Rahaya Samsudin, 47, memberitahu bahawa kebanyakan barangan yang dijual telah naik harga walaupun tidak banyak pilihan buat masa ini.

Harga ayam dijual pada hampir RM8 sekilo.

Ada juga yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual petrol dan diesel dalam botol kerana banyak kenderaan yang terkandas aikbat banjir baru-baru ini.

Seorang penjual yang tidak ingin dikenali memaklumkan bahawa petrol dalam botol 1.5 liter dijual pada harga RM15 walaupun kini, harga RON95 ialah RM1.91 satu liter dan RON97 ialah RM2.11 satu liter.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!