20 Januari 2015


Gary Steven Robbat (gambar) bukan setaraf Luiz Suarez, tetapi hukuman diterima mengalahkan bintang Barcelona itu.

Itulah situasi dihadapi pemain tengah Gary yang tidak dibenarkan berlatih dengan mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga-M) termasuk Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sepanjang tempoh penggantungan tiga bulan berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Ternyata nasib pemain berusia 22 tahun dari Kedah itu lebih teruk berbanding Suarez yang digantung empat bulan daripada menyertai sebarang kejohanan, namun masih dibenarkan berlatih serta beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab jagoan Eropah itu tahun lalu kerana kesalahan menggigit pemain Itali Giorgio Chiellini di Piala Dunia.

Bagaimanapun persoalan timbul mengenai situasi Gary yang turut didenda RM50,000 atas kesalahan menanda tangani kontrak dengan dua pasukan, Johor DT dan Pahang apabila dia masih berlatih bersama skuad Harimau Selatan itu serta dilaporkan beraksi dalam aksi persahabatan menentang Young Lions, 18 Januari lalu, dua hari selepas hukuman dijatuhkan.

Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, Gary tidak boleh berlatih dengan Johor DT hingga tamat penggantungan kerana kontrak yang ditandatangani bersama skuad juara Liga Super itu sebelum 1 Disember 2014, tidak sah.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!