30 Januari 2015


Sejak mendirikan rumahtangga dengan aktor Saif Ali Khan pada 2012, Kareena Kapoor acapkali menjadi sasaran beberapa kumpulan agama dengan menjadikan dia sebagai poster girl untuk tagline Love Jihad (Love Jihad adalah terma yang digunakan oleh kumpulan agama ini terhadap lelaki Muslim yang mengahwini wanita Hindu). 

Bagi memperbetulkan semula anggapan yang salah ini, Saif Ali Khan berkata, isterinya itu telah menjadi sasaran yang salah oleh beberapa kumpulan tersebut. 

"Ramai yang kata Kareena sudah peluk agama Islam. Tidak...dia tak bertukar agama," kata Saif Ali Khan. 

Aktor Bollywood berusia 44 tahun ini percaya bahawa anggapan yang salah ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Malah, dia juga percaya Kareena Kappor sepatutnya lebih dikenali di atas kerja-kerjanya berbanding hal-hal lain. 

"Negara sepatutnya bangga dengan sumbangan yang telah diberikan oleh Kareena terhadap sinema dan juga masyarakat. Dia juga berjuang untuk hak wanita dan kesihatan yang baik. 

"Dia sepatutnya diraikan sebagai simbol individu yang moden serta memiliki kekuatan," katanya lagi. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!