24 Januari 2015


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berhasrat untuk mengubah jadual perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) 2015 yang telah diedarkan kepada semua pasukan bertanding, semalam. 
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata susunan jadual berkenaan dipersetujui oleh pasukan bertanding dan sekretariat FAM menerima maklum balas yang positif daripada mereka mengenai perkara tersebut.

 "Kita di pihak sekretariat FAM sedaya upaya memenuhi setiap maklum balas dan cadangan tambahan yang dikemukakan oleh setiap pasukan bertanding," katanya.


 Afandi berkata demikian kepada pemberita pada pada majlis menandatangani perjanjian antara FAM dan syarikat peneraju hak penyiar antarabangsa, MP & Silva bagi penubuhan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), di sini, hari ini.

 Afandi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, berkata jadual perlawanan yang diedarkan itu turut mengambil beberapa faktor lain.

 Antaranya perlawanan persahabatan skuad kebangsaan, persiapan skuad B-23 ke Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini serta penyertaan Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kata Afandi.

 "Pada tahun ini, beberapa perlawanan akan diadakan pada bulan Ramadan, jadi perlawanan di negara ini akan bermula lebih kurang 9.45 malam berbanding waktu normal 8.45 malam manakala di Stadium Jalan Besar, Singapura dari pukul 7.45 malam kepada pukul 8 malam bagi memudahkan pemain (beragama Islam) menunaikan ibadat terawih," katanya.

 Liga Malaysia 2015 bakal membuka tirai dengan aksi perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 31 Jan ini antara juara Liga Super, JDT menentang juara Piala Malaysia, Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

 Ia akan disusuli dengan perlawanan Liga Perdana dan Super, masing-masing pada 6 dan 7 Feb ini.

 Pemenang perlawanan sumbangsih akan menerima tiga mata yang dikira dalam kedudukan Liga Super 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!