27 Januari 2015


KUALA LUMPUR - Susulan tersebarnya video memaparkan aksi dipercayai pekerja sebuah syarikat berkaitan alam sekitar menakutkan dan mengugut penduduk di Taman Leng Seng, Cheras, dengan parang tersebar di laman sosial, Ketua Polis Daerah Cheras,

Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan.

Bagaimanapun, katanya, video itu perlu dirujuk kepada timbalan pendakwa raya terlebih dahulu kerana video berdurasi 18 saat itu memaparkan sebahagian insiden sahaja.

“Kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam.

"Video itu memaparkan aksi seorang pemuda berbaju merah menunjukkan penumbuk sebelum ditolak dan beredar. Kemudian datang lagi seorang pemuda, berbaju merah berlari laju menuju ke arah perakam video dengan membawa sepilah parang," katanya.

Dalam video itu juga, pemuda itu dengan tangan kanannya memegang parang berkata 'jangan mainmain, saya potong lu' dan terdengar jeritan mangsa, menyebut 'jangan'.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kelmarin.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!