15 Januari 2015


Biarpun masih lagi baru dalam mempelajari pegangan barunya iaitu agama Islam, Felixia Yeap melahirkan rasa kesal dan hairan dengan kegilaan remaja wanita khususnya hingga sanggup membiarkan diri mereka dicabuli di khalayak ramai.

Mualaf yang dulunya model pakaian dalam tersebut merujuk kepada kes yang berlaku baru-baru ini melibatkan beberapa remaja wanita beragama Islam yang membiarkan diri mereka dipeluk dan bersetuhan secara melampau dalamsatu konsert yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Memetik kenyataannya di laman Facebook, “saya memang tidak suka disentuh dan dipeluk biarpun hanya bergambar untuk kenangan. Kalau ada tangan yang sempat ‘menjalar’ di bahu, saya tepis dengan segera”.

“Kadang-kala, saya menegur mereka dengan nada tegas supaya tidak menyentuh saya. Oleh itu, saya tidak faham mengapa ada adik yang bertudung terlalu teruja sampai memeluk artis K-Pop berkenaan,” tulisnya.

Felixia yang merupakan bekas model Playboy ini juga tidak menyalahkan penyanyi K-Pop tersebut kerana menganggap mereka tidak mengetahui dan memahami agama serta budaya orang di sini.

Gadis manis ini juga turut menasihatkan orang ramai di luar sana berhenti daripada mencemuh peminat-peminat yang terlibat kerana setiap orang pernah melakukan kesilapan dan diharapkan mereka akan mengambil pengajaran daripada perkara itu.

“Saya dahulu pun pernah melakukan banyak silap. Saya tidak alim. Lebih baik kita doakan mereka sedar dengan apa yang sudah mereka lakukan kerana Allah itu Maha Pengampun,” katanya lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!