9 Januari 2015


Penyanyi lelaki yang popular dengan lagu Tetap Menantimu iaitu Nomad dengan rasa bermurah hati menghadiahkan kasut Gucci kepada Tunku Jalil baru-baru ini.

Kasut yang bernilai GBP400 (RM2300) berwarna kuning jenis ‘high top sneakers’ kemasan kulit bukannya kanvas.

Nomad menghadiahkan kasut ini kepada Tunku Jalil sebagai tanda terima kasih dan penghargaan menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi.

Sebelum ini Nomad pernah membuat persembahan di Konsert Amal Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Bahru anjuran Tunku Jalil pada tahun lalu.

Memori itu dikongsikan menerusi Instagram Tunku Jalil yang mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menghadiahkan kasut itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!