28 Januari 2015


PARIS - Sebuah mahkamah di negara Perancis telah mengharamkan sepasang suami-isteri daripada menamakan bayi perempuan mereka "Nutella". 

Menurut akhbar tempatan, ibu-bapa ingin memberi bayi mereka satu nama yang ''tulen dan unik''. Selepas beberapa prosiding, mahkamah telah enggan memberi persetujuan atas sebab dia akan menjadi bahan jenaka dan sasaran cemuhan apabila sudah dewasa nanti.  

Tambahan pula, hakim telah berkata bahawa nama Nutella adalah satu nama yang didaftarkan oleh sebuah syarikat lebih daripada 50 tahun dan mereka boleh mendakwa ibu-bapa itu pada masa yang akan datang. 

Sehingga tahun 1993, ibu bapa baru di negara Perancis terpaksa memilih nama-nama bayi mereka dari satu senarai pilihan yang telah disediakan oleh kerajaan mereka tetapi di bawah Presiden François Mitterand, mereka diberi kebebasan yang lebih tetapi masih bergantung kepada keadaan. 

Di dalam kes ini, pendakwa tempatan telah mendapati nama Nutella tidak sesuai dan telah failkan sebuah kes ke atas ibu-bapa bayi yang terlibat. Hakim akhirnya telah memberi nama Ella kepada bayi itu selepas ibu-bapanya gagal hadir untuk prosiding mahkamah.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!