5 Januari 2015


AMERIKA SYARIKAT – Adik beradik kembar, Mary Dickson dan Martha Dixon yang berusia 90 tahun meninggal dunia pada pagi Krismas lalu selang hanya dua jam.

Selepas kematian suami masing-masing, dua beradik itu berhasrat menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan tinggal bersama di kediaman yang terletak di Granite City, Illinois.

Cucu kepada warga emas itu menyatakan bahawa kedua-dua neneknya selalu juga berbalah namun tetap sayang-menyayangi seperti mana adik beradik lain.

Persoalan mula timbul apabila nama keluarga Mary dan Martha kedengaran sama namun dieja berlainan.

Adik beradik kembar ini telah mendirikan rumahtangga dengan dua lelaki yang juga adik beradik.

Namun suami kepada Martha menukar nama keluarga kerana mahu mendaftar untuk berkhidmat kepada tentera buat kali kedua.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!