21 Januari 2015


Dari saat berlangsungnya Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) sehinggalah ia berakhir, Murai Batu tengok tak sudah-sudah orang dok asyik menghentam produk Qu Puteh beserta pengasasnya,Dato Dr Hajjah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Vida.

Macam-macam posting pasal Dato' Vida dan Qu Puteh yang dimuatnaik di sosial media. Ada yang berunsur lawak, tapi yang lebih kepada mengutuk pula usah dikatalah.

Ada tu pulak punyalah kreatif sampai sanggup mengedit posting gambar Dato Vida. Malah, ada yang sampai sanggup tukar lirik lagu Apa Khabar untuk mengaitkan ianya dengan Dato' Vida serta Qu Puteh. Amboi, kreatif terlampau sungguh korang ya.

Murai Batu tak pastilah apa perasaan Dato' Vida mengenai segala posting tersebut. Tapi, kalau Murai Batu melihat dari sisi lain, memang trending sungguh Dato Vida dengan produk Qu Putehnya itu di sosial media.

Apapun, Murai Batu tabik spring kat Dato' Ramli MS sebab sanggup pertahankan Dato' Vida serta Qu Puteh daripada terus dicaci maki oleh masyarakat.

Menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di laman facebooknya, Ramli MS telah menegur sikap sebahagian masyarakat yang sampai sekarang tak sudah-sudah pertikaikan penglibatan Qu PUteh di dalam AJL29.

Betul jugak kata Ramli MS. Dato' Vida yang taja AJL29 sepenuhnya. Sebagai orang meniaga, tentulah dia mahu pastikan produknya dipromosikan dengan begitu rancak sekali di malam kemuncak AJl29 supaya berbaloi dengan apa yang telah dilaburkannya itu.

Lagipun bukan sikit-sikit duit dia melabur. Khabarnya RM3juta. Patutlah Ramli MS cabar kalau ada sesiapa yang berani keluar RM3 juta untuk lawak dia (Dato Vida), Ramli MS alu-alukan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!