25 Januari 2015


Kira-kira sebanyak 300 buah rumah di Gua Musang, Kelantan akan ditampung oleh kerajaan bagi menggantikan rumah-rumah yang rosak serta musnah akibat banjir yang menlanda baru-baru ini.

Memetik laporan Astro Awani, sebelum ini, kerajaan ada mengemukakan dua buah model rumah bagi pembinaan semula itu.


Dua buah model rumah cadangan yang berkeluasan 660 kaki persegi berkonsepkan rumah diatas tanah dan rumah yang didirikan diatas tiang setinggi 8 kaki.


Dalam project pembinaan ini, kerajaan pusat akan bekersama dengan kerajaan negeri Kelantan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, bagi daerah Gua Musang, kerajaan akan melaksanakan program pembinaan yang menelan belanja sekitar RM45,000 hingga RM48,000 seunit.

Selain itu, tapak pembinaan rumah di beberapa kawasan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Galas Dan Nenggiri telah dikenal pasti, katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga merancang sebuah lagi penempatan baharu di atas tanah seluas 40 hektar bagi menampung pembinaan 100 buah rumah.

Kelulusan tanah tersebut bagaimanapun tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya sedang membuat rundingan bagi menyelesaikan masalah penempatan kekal.

Projek penempatan tersebut akan menumpukan kemudahan infrastruktur yang lengkap kepada penduduk seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!