9 Januari 2015


Sebelum ini, kecoh apabila pelawak Zizan Razak akui hubungan cintanya dengan Emma Maembong putus dek kerana dia berdegil mahu membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi yang dia sendiri tidak menyatakan kereta jenis apa.

Murai Batu difahamkan Emma tidak bersetuju dengan keputusan Zizan yang hendak membeli kereta itu kerana disifatkan sebagai membazir.

Ketika dia memberitahu mengenai kereta mewah itu, Murai Batu tertanya-tanya juga, kereta jenis apa? Tup-tup, semalam pelawak Taukeh memuat naik foto di laman sosial Instagram miliknya sebuah kereta Ferrari berwarna kuning yang difahamkan milik Zizan.

Bagaimanapun, posting itu telah dibuang oleh Taukeh dan sudah pun tiada di akaun Instagram milikya.

Persoalannya sekarang, adakah Ferrari kuning itu lah menjadi punca mengapa hubungan mereka retak pada awalnya?

Namun tidak sampai beberapa jam, lewat malam semalam Zizan menerusi Instagram milknya memberitahu hubungannya dengan Emma sudah kembali pulih pula?

Amboi tak kan lah, lepas Zizan dah beli Ferrari itu Emma pun kembali kepada Zizan? Tak tahulah kan.

Murai Batu pun tak tahulah apa sebenarnya permianan mereka ini. Biarlah mereka dengan hidup mereka.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!