8 Januari 2015


Hajat pelawak, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi dikatakan menjadi punca percintaannya dengan pelakon, Emma Maembong putus.

Perkara itu diakui oleh Zizan sendiri yang menyatakan tercetus pergaduhan antara mereka kerana Emma tidak bersetuju dengan apa yang dihajatinya itu.

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Emma mengesahkan kepada salah sebuah akhbar, bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Zizan.

Perpisahan mereka mengejutkan banyak pihak apatah lagi pasangan ini dilihat sangat serasi dan ramai yang menjangkakan mereka akan berkahwin.

Dalam pada itu, Zizan menyangkal dakwaan yang mengatakan Emma mahu mengikis hartanya.

“Tentang tohmahan yang kata Emma nak kikis duit saya itu memang saya nafikan. Ia sesuatu yang tidak betul sama sekali,” jelasnya.

Ditanya perasaannya terhadap Emma, jelasnya, dia masih mencintai wanita tersebut dan berharap hubungan mereka akan kembali mesra seperti dahulu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!