16 Januari 2015


Saksi tragedi bas terbalik dan terbakar di Tapah awal pagi Khamis lalu  melahirkan rasa sedih dan kesal kerana tidak sempat mengalih tayar yang terletak di atas jalan sehingga menyebabkan kemalangan yang mengorbankan lapan nyawa, tujuh daripadanya rentung.

Parvinder Singh, 35, menceritakan dia ketika itu dalam perjalanan untuk pulang ke Gopeng dan mahu melakukan Pusingan U di Tapah apabila terlihat sebiji tayar lori di tengah jalan dan terfikir untuk mengalihkannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. 

Tidak disangka, ketika dia berada di bahu jalan untuk mengawal lalu-lintas sebelum mengalihkan tayar tersebut, tiba-tiba datang sebuah bas melanggar tayar itu sehingga menyebabkan ia terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar keretanya yang diletakkan kira-kira 100 meter dari situ.

Akibat perlanggaran itu, bas berkenaan terbalik dan terbakar.

Kata Parvinder, dia hanya mampu membantu mengeluarkan lima mangsa kerana api marak terlalu cepat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!