7 Januari 2015


Masalah kewangan yang membelenggu sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan Grand Prix Korea terpaksa digugurkan daripada kalendar Formula Satu (F1) 2015, kata penganjur semalam.

Badan induk sukan tersebut, FIA menggugurkan perlumbaan di Yeongnam daripada versi akhir jadual tahun ini. Pengumumannya disiarkan menerusi laman web semalam, sekali gus mengurangkan jumlah perlumbaan musim ini kepada 20 Grand Prix sahaja.

“Kami telah berulang kali menjelaskan mengenai kedudukan kami kepada penganjur F1. Kami tidak dapat kembali dalam perlumbaan tahun ini,” kata seorang pegawai Grand Prix Korea kepada AFP.

Perlumbaan yang berlangsung di daerah selatan Yeongnam, Korea Selatan itu membuat kemunculan sulung pada 2010 setelah mengikat perjanjian sehingga 2016 dengan pilihan sambungan kontrak selama lima tahun.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!