24 Januari 2015


KEPALA BATAS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan serta-merta akan memansuhkan 2 peperiksaan berbeza untuk calon ujian memandu dan akan mengembalikan semula sistem satu peperiksaan. 

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, keputusan ini telah diambil selepas menerima rayuan daripada beberapa pihak termasuk institut memandu berhubung dengan pengenalan kurikulum pendidikan pemandu (KPP) pada tahun lepas.

''Kementerian telah menerima rayuan untuk sistem modul memandu yang baru di mana calon ujian yang ingin mempelajari cara memandu kereta dan motosikal diwajibkan mengambil  peperiksaan undang-undang untuk dua kali''.


''Tetapi, selepas berbincang, Kementerian telah membuat keputusan untuk hanya memberi satu peperiksaan untuk mengurangkan beban mereka'', tambah beliau.  

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad pula telah berkata bahawa beberapa perubahan dalam sistem komputer akan dilakukan secepat mungkin sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang yang baru ini.

Ia juga dijangkakan kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu motosikal dan kereta akan menurun berikutan peraturan yang baru ini. 

Kredit Foto: Youtube 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!