23 Januari 2015


LONDON – Kerajaan Britain merancang untuk mengemukakan satu rang undang-undang bagi memaksa syarikat tembakau menjual rokok di dalam kotak tanpa jenama sebelum Mei ini.

Menteri Muda di Kementerian Kesihatan Britain, Jane Ellison berkata, langkah memperkenalkan kotak rokok tanpa jenama itu suatu langkah yang tepat kerana merokok mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

“Tindakan ini akan menjadikan prospek generasi pertama bebas rokok cuma selangkah lagi untuk direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.


Langkah itu yang bertujuan meningkatkan kesihatan penduduk dan mengurangkan jumlah perokok dalam kalangan kanak-kanak dijangka mengurangkan keuntungan syarikat pengeluar rokok.

Britain bakal mengikut jejak langkah Australia apabila meluluskan undang-undang untuk memaksa rokok dijual di dalam kotak berwarna hijau dengan imej yang menunjukkan bahaya merokok.

Sejak kotak rokok tanpa jenama diper­kenalkan pada tahun 2012 di Australia, penjualan rokok di negara itu telah jatuh dengan ketara.

Kejayaan itu menyebabkan Britain mahu mengambil tindakan yang sama walaupun kerajaan Australia terpaksa berdepan tindakan undang-undang daripada pengeluar rokok yang membantah peraturan tersebut.

Syarikat-syarikat pengeluar rokok menentang keras peraturan baharu tersebut kerana mendakwa kotak tanpa jenama melanggar hak milik intelektual yang melindungi jenama dan menggalakkan penjualan rokok tiruan serta seludup. – Reuters
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!