30 Januari 2015


Seorang wanita mengaku walaupun trauma dengan menjadi mangsa seks bapanya sejak berusia 5 tahun sehingga hamil, dia tidak menyesal melahirkan anaknya itu.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Helen itu menceritakan pengalaman ngerinya ketika ditemu ramah dalam rancangan This Morning.

Kata Helen, dari kecil dia tidak pernah menerima layanan baik daripada bapanya. Malah mereka sekeluarga hanya makan roti dan ubi kentang.

Bapanya juga sering memukulnya dan adik beradiknya menggunakan tali pinggang atau dahan kayu.

Ketika hamil pada usia 14 tahun, Helen tidak menyedari dan mengetahuinya, sebaliknya hanya beranggapan dia tidak sihat. Sehinggalah pekerja sosial dari jabatan kebajikan datang melawat dan memberitahunya.

Namun anak perempuan yang dilahirkannya tetap 'pride and joy' untuk Helen.

Helen cuba secaya upaya menyembunyikan status anaknya yang bernama Sarah, namun terpaksa juga membuka cerita apabila Sarah bertegas ingin mengetahui hal sebenar.

"Saya mahu dia rasa dirinya suci. Satu perkara yang saya tak miliki," kata Helen.

Bapa Helen hampir dipenjarakan, namun disahkan punya masalah mental dan ditempatkan di hospital sakit jiwa dan meninggal dunia di situ.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!