24 Januari 2015


Johor Bahru: Polis menyiasat lelaki yang ditemui mati akibat jatuh dari tingkat sembilan Blok A, Apartment Sri Wangi, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, petang semalam sebagai suspek cubaan rogol seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya juga dalam usaha mengesan seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, seorang wanita mendakwa suspek pertama (si mati) menghubunginya untuk berjumpa namun dia menolak.


“Kemudian suspek pertama datang ke rumah wanita itu sebelum cuba merogolnya dan suspek kedua turut datang kemudian melakukan perkara yang sama.

“Wanita terbabit mendakwa tiba-tiba berlaku pertelingkahan antara kedua-dua suspek sebelum suspek pertama lari ke dalam bilik dan mengunci pintu dipercayai untuk menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun pihak polis mendapati tingkap bilik terbuka dengan grill yang sudah tercabut dan percaya suspek pertama adalah lelaki yang mayatnya ditemui di perkarangan blok itu,” katanya.- Harian Metro
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!