31 Januari 2015


KUALA LUMPUR 29 JAN 2015: Pelakon dan isteri kepada Yusry Abd Halim, Lisa Surihani secara rasmi mengesahkan dia sudah hamil dan enggan mengulas lanjut dengan panjang lebar berkenaan dengan berapa minggu usia kandungannya.

"Alhamdulilah, saya sudah hamil itu sahaja yang saya boleh bagi komen, saya ikut petua orang-orang tua sebab ianya masih baru dan tak mahu heboh dan besar-besarkan," kata Lisa kepada portal Murai.com.my

Lisa yang ditemui para wartawan di Majlis Pelancaran Trailer Cicakman 3 di GSC Pavilion yang turut ditemani suami akui bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya


"Saya masih lagi kurang sihat iaitu batuk-batuk dan tak sedap badan, tapi saya rasa kondisi badan saya ini hanya kebetulan dengan kehamilan saya ini," ujarnya.

Lisa Surihani memegang watak sebagai Linda untuk Cicakman 3 yang turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Fizz Fairuz.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!