25 Januari 2015


MANCHESTER- Patrick Bamford dan Kike muncul wira Middlesbrough apabila membantu kemenangan 2-0 ke atas Manchester City, sekali gus menamatkan cabaran juara Liga Perdana Inggeris itu pada pusingan keempat Piala FA Inggeris, di Etihad Stadium, awal pagi tadi.

Kekalahan City itu turut mengheret persoalan mengenai keputusan berlatih di tempat beriklim panas di Abu Dhabi minggu lalu dan lebih penting lagi apabila pengurusnya, Manuel Pellegrini hanya pulang ke England pada lewat Jumaat.


Middlesbrough membocori gawang City pada minit ke-52 menerusi jaringan Bamford selepas menyambar kesilapan pertahanan, Fernando yang cuba mengeluarkan bola.

City cuba bangkit pada separuh masa kedua dan hampir mendapat gol penyamaan menerusi percubaan pemain gantian, Frank Lampard pada minit ke-89.

Namun Middlesbrough menamatkan kecemerlangan mereka dengan memperoleh gol kedua pada minit terakhir permainan menerysi Kike. – AFP
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!