3 Januari 2015


SURABAYA - Selepas hampir seminggu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk dalam misi mencari semua mayat mangsa yang terkorban di atas pesawat AirAsia QZ8501.  

Setakat hari Jumaat, bilangan mayat yang ditemui di kawasan Kalimatan Tengah adalah 30. Menurut Komando Yayan Sofiyan dari Indonesia, beberapa daripada mereka ditemui dalam keadaan masih terikat dengan tempat duduk mereka. Empat mangsa kemalangan telah dikenalpasti dan dikembalikan kepada ahli keluarga mereka, termasuk seorang pramugari dan seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun.

Bangkai pesawat tersebut pula telah dikesan oleh sonar pada hari Selasa dan dikatakan berada dalam keadaan songsang di dasar laut 100 meter.

AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dalam perjalanannya dari Surabaya ke Singapura apabila telah  hilang pada hari Ahad, 28 Disember 2014. Sebelum hilang daripada radar, juruterbang telah meminta izin untuk meningkatkan ketinggian tetapi tidak diberi izin oleh pusat kawalan trafik udara kerana keadaan trafik udara yang sesak pada masa itu.

Punca sebenar nahas masih belum diketahui tetapi dipercayai kerana cuaca yang buruk.  

Pada hari Jumaat, lebih daripada 200 penduduk tempatan di Surabaya telah berkumpul di sebuah masjid dan berdoa untuk semua mangsa yang terkorban. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!