2 Januari 2015


INDONESIA - Bekas Jeneral Perhubungan Udara, Budhi M Suyitno, membuat andaian bahawa semua penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah pengsan sewaktu ia terjunam dari ketinggian 32,000 kaki ke atas permukaan laut.

Ia boleh berlaku memandangkan perubahan tekanan udara yang berlaku ketika itu begitu drastik.

Beliau turut menambah, tidak mustahil ada mangsa yang sudah meninggal dunia di saat pesawat itu masih lagi di udara.

Ketika ditanya tentang jasad yang ditemui masih sempurna, Budhi punya penjelasan yang tersendiri.

Katanya, mayat tersebut mungkin nampak sempurna di luarnya, tetapi di dalamnya sudah cedera teruk. Ini kerana apabila badan manusia jatuh dari ketinggian 60 meter, impaknya bagai dihentam dengan objek dengan berat menyamai sembilan kali berat badan manusia.

Penjelasan itu dibuat untuk meredakan kesedihan ahli keluarga yang mungkin membayangkan bagaimana ketakutan yang dialami mangsa sebelum terhempas.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!