7 Januari 2015


Lebih dari 100 premis McDonald’s di Venezuela kehabisan bahan mentah lantas tidak dapat menghidangkan hidangan terkenalnya iaitu kentang goreng.

Sebaliknya, restoran makanan segera itu menggantikan hidangan sampingan popular itu dengan makanan tradisi berasaskan jagung dari Amerika selatan yang dipanggil Yuca.

Khabarnya, perselisihan kontrak dengan pekerja dermaga di kawasan pantai barat menyebabkan proses penghantaran kentang goreng sejuk beku tergendala.

Pertikaian perjanjian berkenaan turut menyebabkan masalah yang sama di Jepun sekitar Disember lalu.

Jurucakap syarikat Arcos Dorados yang mengendalikan operasi restoran McDonald's di Amerika Latin menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa itu bukan penyebab, ekoran negara-negara jiran Venezuela tidak menghadapi masalah yang sama.

Kekurangan bekalan di Venezuela sebahagiannya didorong oleh kawalan mata wang yang ketat. Ia membuatkan urusan untuk mendapatkan mata wang dolar pada kadar subsidi untuk tujuan import menjadi sukar.

Atas sebab yang sama, Venezuela mengenakan harga paling mahal di dunia bagi sebuah set Happy Meal yakni USD27 (RM96.72) pada kadar tukaran wang rasmi.

Mahukah anda membelanjakan hampir RM100 untuk sebuah hidangan kanak-kanak yang boleh didapati dengan harga kurang RM10 di Malaysia?
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!